Notis Privasi

Notis Privasi

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana Shin Associates, satu firma guaman dengan alamat perniagaannya di Suite B-11-6, Level 11, Wisma Pantai, Plaza Pantai, No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia termasuk pihak-pihak berkaitan, syarikat berkaitan, syarikat bersekutu, pengganti, penerima serah hak, dan pemegang lesen (secara kolektif dirujuk sebagai SA”) adalah komited dalam menggunakan dan melindungi privasi Data Peribadi anda dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA“). Oleh yang demikian, Notis ini dirumuskan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada anda amalan SA dalam Pemprosesan Data Peribadi anda dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan dasar privasi dan syarat-syarat yang berlainan yang telah ditetapkan oleh SA dari semasa ke semasa, dan perjanjian-perjanjian berlainan yang anda mungkin anda telah meterai dengan SA (jika ada).

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. SA berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di https://www.shinassociates.com.my (“Laman Web”) SA. Dengan berterusan berkomunikasi dengan SA atau dengan berterusan mengguna khidmat SA atau menggunakan perkhidmatan SA atau dengan pemberian berterusan Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili , surat, atau selainnya) berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, anda dianggap telah menerima pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Bagi tujuan Notis Ini:

Data Peribadi” bermaksud semua maklumat dan penyataan pendapat yang secara langsung atau tidak langsung, berkaitan dengan seseorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat atau penyataan pendapat itu, termasuk tetapi tanpa had, maklumat dan penyataan pendapat berkenaan dengan kesihatan fizikal atau mental, asal-usul bangsa atau etnik, kepercayaan agamanya atau kepercayaan serupa, dan/atau mengenai prosiding jenayah atau sivil. Contoh Data Peribadi yang akan diproses oleh SA termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telepon, nombor KP/Paspot, alamat e-mel, butir-butir pekerjaan, pilihan persendirian, alamat protokol internet, butir-butir sosial media, pilihan kandungan, butir-butir akaun bank, gambar-gambar dan imej-imej, rakaman-rakaman, butir-butir keselamatan yang diperolehi daripada lawatan atau kehadiran ke premis SA seperti rakaman televisyen litar tertutup (“CCTV“), butir-butir lawatan yang diperolehi untuk/dari lawatan atau kehadiran ke premis SA seperti waktu lawatan, masa daftar-masuk dan daftar-keluar, butir-butir yang diperolehi daripada permohonan, dan/atau cadangan peruntukan barangan dan/atau perkhidmatan anda kepada SA dan/atau premis-premis SA (“Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan”), butir-butir elektronik dan/atau ‘online’ yang diperolehi dari lawatan atau layaran Laman Web atau halaman SA yang berada di laman sosial media seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn (“Halaman”) dan/atau daripada penggunaan sebarang platform perkongsian data/fail/informasi elektronik ‘online’ dan/atau ‘offline’ (termasuk sebarang perisian dan/atau aplikasi mudah alih atau berasaskan web) berkenaan atau berkaitan dengan (i) SA; dan/atau (ii) sebarang pihak ketiga berkenaan atau berkaitan dengan atau diguna khidmat oleh SA (“Platform Perkongsian”) seperti maklumat login, maklumat media sosial, pilihan kandungan, ‘cookies’, dan alamat protokol internet, dan lain-lain, butir-butir yang diperolehi dari pemohonan untuk pekerjaan anda dengan SA, butir-butir yang diperolehi dari urusan yang dicadangkan dan/atau berterusan dengan SA sebagai kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan atau sebagai Kakitangan SA, butir-butir kakitangan anda dan/atau kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan yang berurus dengan anda yang berkaitan dengan Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan, dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang mungkin mengenal pasti anda yang telah atau mungkin akan diambil, disimpan, diguna dan Diproses oleh SA atau Kakitangan, pihak berkepentingan, pihak-pihak berkaitan, syarikat bersekutu, syarikat-syarikat berkaitan, ejen-ejen, kontraktor bebas, dan pihak ketiga yang SA mungkin berkaitan dari masa ke semasa, dan sebarang maklumat dan/atau penyataan pendapat yang berlainan yang boleh mengenal pasti anda berdasarkan apa yang anda telah berikan kepada SA dan/atau adalah bersampingan kepada Data Peribadi tersebut.

Proses“, “Diproses“, “Memproses atau Pemprosesan bermaksud pengumpulan, penggunaan, rakaman, penyimpanan, pengekalan, penzahiran, dan pengendalian atau set pengendalian yang berlainan yang telah dihuraikan dalam PDPA.

“Kakitangan” bermaksud orang yang bekerja untuk SA, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan tanpa mengira lokasi bekerja dan jenis kontrak, termasuk tetapi tidak terhad kepada pekerja, pekerja bebas, pegawai, pekerja kasual atau sementara.

Persetujuan/Keizinan/Kebenaran

Dengan menggunakan khidmat SA atau dengan berinteraksi dengan SA sama ada di tempat perniagaan kami, acara-acara kami atau selainnya, atau menggunakan Laman Web SA dan/atau dengan menggunakan Halaman kami, anda bersetuju/memberi keizinan/memberi kebenaran kepada Pemprosesan Data Peribadi anda oleh SA, Kakitangan SA dan segala orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh SA.

Sebarang keizinan dan kebenaran yang diberi kepada SA, sama ada diwakili atau tidak, tidak menggantikan sebarang persetujuan dan kebenaran lain yang telah diberikan kepada SA (jika ada), jika tidak ia hendaklah berkuat kuasa pada tarikh lawatan atau kehadiran ke premis SA atau pada tarikh anda telah memberikan Data Peribadi (sama ada secara bersendirian, melalui e-mel, perbualan telefon, faksimili, surat, menandatangani buku/borang pengunjung atau tetamu, memasukkan maklumat ke dalam sistem pengurusan pelawat, penyertaan sebagai vendor kepada SA, yang mana berkenaan), dan adalah sebagai tambahan kepada hak-hak SA dibawah undang-undang berkenaan Pemprosesan Data Peribadi yang telah anda berikan.

Pengumpulan Data Peribadi

Selain Data Peribadi yang anda berikan kepada SA secara langsung (iaitu, semasa anda berkomunikasi dan berhubungan dengan SA, atau apabila anda memesan SA untuk menyediakan perkhidmatan dan selainnya), SA mungkin juga mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Dari lawatan atau kehadiran ke tempat perniagaan kami; dan/atau
  • Dari pendaftaran atau kehadiran dalam sebarang acara atau selainnya yang dianjurkan atau ditaja oleh SA, sama ada tunggal atau bersekutu atau perkongsian dengan mana-mana pihak ketiga; dan/atau
  • Orang yang telah dilantik oleh anda dan SA diberi kuasa untuk berkomunikasi dengan seperti wakil atau perantara dan nama untuk dihubungi ketika kecemasan; dan/atau
  • Dari pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan dan badan-badan berkanun; dan/atau
  • Maklumat yang boleh didapati secara umum daripada Platform Perkongsian; dan/atau
  • Dari sumber-sumber lain seperti mana anda telah memberi persetujuan dan kebenaran anda; dan/atau
  • Dari permohonan/cadangan anda untuk Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan, dan/atau Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan secara berterusan;
  • Dari kakitangan anda dan/atau kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan yang berurusan dengan anda yang berkaitan dengan Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan;
  • Dari permohonan perkerjaan anda dengan SA;
  • Dari majikan(-majikan) sedia ada/dulu sekiranya anda telah membuat permohonan untuk bekerja dengan SA;
  • Dari cadangan anda dan/atau urusan berterusan dengan SA sebagai kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan atau selainnya sebagai sebahagain daripada Kakitangan SA;
  • Dari “cookies” yang digunakan di Laman Web dan/atau dari Halaman SA; dan/atau
  • Dari penyertaan anda dalam perbualan kumpulan dengan Kakitangan SA seperti WeChat, WhatsApp, Facebook, Google Hangouts, Slack, Hipchat, dan platform-platform komunikasi yang lain yang mempunyai fungsi perbualan kumpulan (“Platform Komunikasi”).

Kami menggunakan “cookies” di Laman Web untuk menjejak jumlah kunjungan dan pengalaman. Kebanyakan pelayar web telah direka untuk menerima “cookies”. “Cookies” adalah fail data kecil yang mengandungi maklumat yang anda telah bekalkan seperti pilihan keutamaan bahasa dan rantau yang akan membantu meningkatkan pengalaman dan navigasi anda di dalam Laman Web dan dapat membolehkan semua ciri (contohnya, ciri-ciri seperti, tetapi tidak terhad kepada, video flash dan pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau) di Laman Web untuk fungsi sepenuhnya. Jika anda tidak mahu menerima sebarang “cookies”, anda boleh menetapkan pelayar web anda untuk menolaknya.

Pemberian Data Peribadi adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, di mana penting, atau menolak “cookies”, SA mungkin tidak dapat: (i) berkomunikasi dengan anda; (ii) menyediakan kepada anda perkhidmatan yang anda mungkin memerlukan; atau (iii) menyediakan akses kepada bahagian-bahagian Laman Web yang tertentu; (iv) membolehkan semua ciri di Laman Web, Halaman, Platform Perkongsian dan Platform Komunikasi untuk berfungsi sepenuhnya (sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada, membolehkan video flash dimainkan, memastikan anda tidak perlu memasuki pilihan keutamaan kandungan, bahasa dan rantau setiap kali anda melawati atau melayari Laman Web; (v) membolehkan lawatan dan kemasukan ke premis-premis SA; (vi) Memproses penyertaan anda dalam cadangan dan/atau Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan berterusan; (vii) Memproses permohonan anda untuk perkerjaan dengan SA; atau (viii) Memproses cadangan anda dan/atau urusan berterusan dengan SA sebagai kontraktor bebas/pembekal perkhidmatan atau selainnya sebagai sebahagain daripada Kakitangan SA.

Apabila anda melawati Laman Web, SA mungkin akan merekod maklumat tertentu yang berkaitan dengan lawatan anda seperti yang berikut:

  • protokol internet atau alamat protokol internet proksi server anda;
  • maklumat domain asas;
  • pembekal perkhidmatan internet anda;
  • tarikh dan masa lawatan anda ke Laman Web SA;
  • tempoh sesi anda;
  • halaman yang anda telah akses;
  • kekerapan anda mengakses Laman Web SA dalam mana-mana bulan;
  • saiz fail yang anda melihat;
  • Laman Web lain yang merujuk anda ke Laman Web SA; dan
  • Sistem operasi komputer anda.

Terdapat pelbagai halaman dalam Laman Web SA yang mungkin akan menjemput anda untuk memberi SA nama dan butiran hubungan anda.

SA juga mengumpul maklumat daripada orang yang menggunakan Laman Web SA, untuk menghantar berita, maklumat tentang aktiviti SA dan kemas kini dalam bidang undang-undang yang SA percaya mungkin berguna kepada anda atau SA; untuk memantau siapa yang mengakses Laman Web SA dan untuk mengumpul profil pelawat yang mengakses Laman Web SA.

Laman Web kami tidak menyasarkan dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun (“Kanak-kanak“). Kami tidak meminta maklumat peribadi secara sengaja daripada Kanak-kanak atau menghantar permintaan untuk Data Peribadi mereka. Sila ambil perhatian bahawa Kanak-kanak hendaklah diiringi oleh ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan semasa melawati atau melayari Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA. Jika ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan telah memberi kebenaran kepada Kanak-kanak untuk melawati atau melayari Laman Web SA dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di dalamnya, ibu bapa, penjaga yang sah dan/atau wakil yang berkaitan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (a) kelakuan dalam talian Kanak-kanak, (b) pengendalian akses dan penggunaan Kanak-kanak dalam Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA dan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya, dan (c) akibat daripada sebarang penyalahgunaan oleh Kanak-kanak termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dibuat oleh Kanak-kanak dari akses dan penggunaan tersebut.

Tujuan Pemprosesan

SA mungkin menggunakan dan Memproses Data Peribadi untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk tujuan aktiviti-aktiviti perniagaan am SA termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Untuk berkomunikasi dengan anda dan mana-mana orang lain yang dikehendaki bagi tujuan dan maksud yang berkaitan dengannya;
  • Untuk membolehkan lawatan dan kehadiran ke premis-premis SA;
  • Untuk tujuan keselamatan seperti untuk membantu dalam pengesanan dan pencegahan jenayah, dan untuk membantu dan meningkatkan keselamatan premis SA bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera;
  • Untuk Pemprosesan penyertaan anda dalam Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan dan berkenaan ini bagi SA untuk menyemak semula dan menilai sebarang dokumentasi berkaitan dengan Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan yang dicadangkan dan/atau berterusan;
  • Untuk membolehkan pihak ketiga yang berkaitan/bergabung dengan dan/atau diguna khidmat oleh SA untuk menghubungi anda bagi perkara yang berkaitan dengan Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan;
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran;
  • Untuk menghubungi orang yang anda telah berikan Data Peribadi, seperti wakil atau perantara dan/atau hubungan kecemasan;
  • Untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh SA atas kehendak anda;
  • Untuk memberi respons kepada soalan-soalan, komen dan aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian, jika ada;
  • Untuk menawarkan anda peluang semasa dan masa depan, berita, kemas kini dan maklumat terkini dalam bidang undang-undang dan industri yang berkaitan;
  • Untuk membolehkan semua ciri di Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA berfungsi sepenuhnya;
  • Bagi tujuan pengesahan pengenalan;
  • Untuk tujuan rekod dan pentadbiran umum;
  • Untuk menubuhkan, mengekalkan dan mengemas kini pangkalan data untuk tujuan pentadbiran dan penyimpanan rekod yang mungkin akan mengandungi maklumat tentang Kakitangan SA dan pembekalan perkhidmatan kepada pelanggan SA oleh Kakitangan SA;
  • Untuk menjalankan penyiasatan dan prosiding tatatertib;
  • Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi mematuhi undang-undang dan syarat-syarat kerajaan;
  • Untuk pematuhan terhadap undang-undang dan tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, pekeliling, dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan;
  • Bagi tujuan prosiding undang-undang atau bakal prosiding undang-undang;
  • Untuk menubuhkan, menjalankan, melindungi dan mempertahankan hak-hak undang-undang SA;
  • Bagi tujuan Pemprosesan permohonan anda untuk bekerja dengan SA;
  • Bagi tujuan berkomunikasi dengan anda untuk peruntukkan perkhidmatan kepada pelanggan SA sekiranya anda telah digaji dan/atau sedang mencari pengajian dengan SA atau terlibat dan/atau mencari penglibatan oleh SA sebagai kontraktor bebas atau sebagai Kakitangan SA; dan
  • Bagi tujuan pemulihan bencana.

dan anda bersetuju dan membenarkan Pemprosesan Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti dalam Notis ini.

Tujuan Lain

SA juga mungkin akan Proses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:-

  • untuk menghantar bahan-bahan berkenaan dengan perkhidmatan dan kemudahan SA seperti surat berita, artikel, laporan bertulis dan kemas kini yang berlainan berkenaan dengan perkhidmatan SA;
  • bagi tujuan pemulihan bencana; dan
  • untuk mengedarkan maklumat atau butir-butir yang berkaitan dengan acara, pameran, seminar, persidangan, program, bengkel,dan perbincangan, sama ada yang dikeluarkan/dibentangkan oleh SA atau pihak ketiga yang lain yang mungkin menarik minat anda,

melalui e-mel atau mel fizikal yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pos berdaftar dan poskad.

Sila yakin bahawa SA akan meminta kebenaran anda sebelum Data Peribadi anda Diproses untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis ini, undang-undang, dan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian yang anda ada dengan SA, jika ada.

Jika anda tidak bersetuju dan untuk memberi kuasa kepada SA untuk Proses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas, sila memaklumkan kepada SA dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi Anda

Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan ‘server’ SA, mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan Diproseskan dalam bidang kuasa selain Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Anda memahami, bersetuju dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

SA mungkin akan melibatkan syarikat-syarikat yang lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan tugas bagi pihak SA, dan setakat yang diperlukan untuk tujuan yang diberikan di atas, SA mungkin akan diperlukan atau dikehendaki untuk memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):-

  • rakan niaga yang lain, industri bersekutu, pembekal perkhidmatan, penasihat profesional atau individu untuk melaksanakan fungsi SA, termasuk, tetapi tidak terhad kepada ejen, kontraktor, sub-kontraktor, perunding dan pembekal perkhidmatan yang memberi nasihat, perakaunan, pengauditan, perkhidmatan undang-undang, teknologi maklumat, kemasukan data, kemudahan penyimpanan, perkhidmatan keselamatan dan/atau insurans;
  • pelanggan SA;
  • pihak berkuasa dan pihak berkuasa kerajaan bagi mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan;
  • pihak-pihak tertentu yang SA diperintahkan atau diarahkan untuk menzahirkan menurut suatu perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas SA; dan
  • pihak ketiga yang diberi kuasa oleh anda.

Notis ini hanya terpakai untuk Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Ia tidak meliputi (a) Pemprosesan Data Peribadi oleh SA bagi tujuan berlainan yang tidak dinyatakan dalam Notis ini, (b) dasar privasi dan kelakuan mana-mana pihak ketiga, walaupun pihak ketiga berkaitan dengan SA, dan (c) laman web pihak ketiga yang SA menyediakan pautan, walaupun laman web tersebut dijenamakan bersama dengan logo SA.

SA tidak akan berkongsi atau menjual Data Peribadi anda dengan laman web pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. SA tidak akan bertanggungjawab atau tidak akan dipertanggungjawabkan untuk amalan privasi dan kelakuan laman web pihak ketiga atau laman web lain yang anda mungkin telah diarahkan oleh Laman Web, Halaman, Platform Komunikasi dan/atau Platform Perkongsian SA yang anda telah memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi laman web pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada laman web pihak ketiga tersebut.

SA tidak akan berkongsi atau menjual Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan dan kebenaran anda. SA tidak akan bertanggungjawab atau tidak akan dipertanggungjawabkan untuk kelakuan mana-mana pihak ketiga yang anda mungkin telah diarahkan dan/atau memberi Data Peribadi kepadanya. Anda harus membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut sebelum mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut.

Perlindungan Data Peribadi Anda

SA menggunakan perlindungan fizikal, pengurusan and teknikal yang berpatutan dari segi komersil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan Data Peribadi anda dan tidak akan dengan sengaja membenarkan akses ke Data Peribadi anda kepada sesiapa di luar SA, selain daripada anda atau seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Walau bagaimanapun, SA tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan maklumat yang anda hantar ke SA dan anda menghantar maklumat tersebut pada risiko anda sendiri sepenuhnya. Khususnya, SA tidak menjamin bahawa maklumat tersebut tidak boleh diakses, diubah, dikumpul, disalin, dimusnahkan, dilupuskan, dizahirkan atau diubahsuai oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan di SA.

Penyimpanan Data Peribadi Anda

SA hanya menyimpan Data Peribadi selagi ia diperlukan untuk mencapai tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan sentiasa tertakluk kepada undang-undang berkenaan termasuk PDPA, terma dan syarat yang dinyatakan dalam perjanjian anda dengan SA (jika ada) bagi tempoh hubungan anda dengan SA, dan untuk tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan SA.

Permintaan dan Pertanyaan Akses & Pembetulan

Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh pada bila-bila masa meminta untuk (a) akses kepada Data Peribadi anda, (b) pembetulan Data Peribadi anda, (c) menghadkan Pemprosesan Data Peribadi anda, (d) menarik balik persetujuan anda untuk Memproses Data peribadi anda, dan (e) mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi yang berikut: –

Jessie Tan Shin Ee
Alamat: Suite B-11-6, Level 11,
Wisma Pantai, Plaza Pantai,
No. 5 Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Nombor Telefon: +603-2201 5584
Nombor Faks: +603-2201 9686

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, SA berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan, seperti apabila perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda, dan/atau apabila SA tidak dapat mengesahkan identiti anda atau ketepatan pembetulan atas Data Peribadi yang diberikan oleh anda dan/atau apabila anda telah memberikan persetujuan, hak, hak milik dan permilikan faedah anda secara muktamad untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.

Kewajipan Anda Berkenaan dengan Data Peribadi Anda

Anda mewakili dan menjamin bahawa semua Data Peribadi yang diberi kepada SA adalah benar, lengkap dan tepat. Sekiranya anda memberi Data Peribadi pihak ketiga (seperti wakil atau perhubungan, hubungan kecemasan, atau selainnya) kepada SA, anda mewakili dan menjamin bahawa (a) semua kebenaran dan persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga itu telah diperolehi, (b) anda akan terus mengekalkan persetujuan dan kebenaran tersebut, dan (c) anda telah menunjuk Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.

Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi yang anda telah berikan kepada SA setakat yang diperlukan untuk membolehkan SA kekal mematuhi undang-undang berkenaan termasuklah PDPA. SA akan menggunakan usaha yang munasabah tetapi tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kemas kini daripada anda pada secara berkala yang tetap.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, anda bersetuju bahawa SA tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti yang anda dan/atau pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) telah ditanggungi atau dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, representasi, waranti, dan/atau obligasi yang dinyatakan dalam Notis ini oleh anda dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut.

Anda selanjutnya bersetuju untuk menanggung rugi dan mempertahankan SA terhadap sebarang tindakan, tuntutan dan/atau permintaan yang dibawa terhadap SA oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak suatu pihak berkuasa yang kompeten atau individu) dan sebarang kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) yang SA mungkin dikenakan atau ditanggung, hasilnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, daripada pelanggaran mana-mana terma, syarat, perwakilan, waranti, dan/atau obligasi yang diperincikan dalam Notis ini sendiri dan/atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak anda, arahan, dan/atau pengesahan anda tersebut, terutamanya di mana SA telah diberikan Data Peribadi yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat, kegagalan anda untuk memaklumkan kepada SA sebarang perubahan pada Data Peribadi, dan/atau persetujuan dan kebenaran yang diperlukan tidak diperolehi atau dikekalkan daripada pihak ketiga yang berkaitan.

Walau apa pun yang terkandung di sini, liabiliti SA (jika ada) hendaklah dihadkan kepada setakat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Dalam apa keadaan pun SA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi yang berbangkit, bersampingan, tidak langsung, punitif atau khas, atau kehilangan keuntungan, kehilangan keuntungan yang dijangkakan, data, perniagaan atau nama baik, tidak kira sama ada sebarang liabiliti (jika ada) adalah berdasarkan kepada pelanggaran kontrak, tort, liabiliti ketat, atau selainnya, dan walaupun SA telah diberitahu atau dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.

Kewajipan Anda Semasa Melawati atau Memasuki Premis SA

Semasa lawatan atau kehadiran anda ke premis SA, anda mungkin mengenal atau menerima sebarang tetapi tidak terhad kepada Data Peribadi, maklumat, dokumen, bahan, fail, cetakan, rahsia perdagangan dan proses-proses dalaman SA, sama ada atau tidak ia telah jelas dinyatakan atau tersirat dikenal pasti atau dianggap sebagai sulit (secara kolektif dirujuk sebagai “Maklumat Sulit”).

Dengan melawati atau memasuki ke premis SA, anda bersetuju untuk:

  • menyimpan rahsia, pada setiap masa, semua Maklumat Sulit dan tidak akan menggunakan atau menzahirkan atau sebaliknya membuat sebarang Maklumat Sulit sedia ada untuk orang lain melainkan jika persetujuan secara bertulis oleh SA; dan
  • tidak mengeluarkan sebarang Maklumat Sulit dari premis SA dan menggambarkan atau merekodkan sebarang perkara yang anda mungkin mempunyai akses kepada semasa lawatan atau kemasukan anda ke premis SA tanpa kebenaran bertulis SA terlebih dahulu.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan:

  • kewajipan kerahsiaan yang dikenakan dalam Notis ini hendaklah terus walaupun selepas selesaian (a) komunikasi dengan SA, (b) lawatan atau kemasukan premis SA ini, dan/atau (c) penggunaan perkhidmatan atau kemudahan yang terdapat di premis SA ini, dan/atau (d) Peruntukan Barangan dan/atau Perkhidmatan anda;
  • tiada apa-apa yang terkandung di sini boleh menghalang mana-mana pihak daripada memberi sebarang Maklumat Sulit setakat yang diperlukan berkaitan dengan prosiding undang-undang, atau seperti yang dikehendaki menurut undang-undang atau perintah mahkamah, atau kehendak mana-mana pihak berkuasa kerajaan, berkanun atau peraturan; dan
  • maklumat adalah tidak sulit jika maklumat tersebut akan menjadi atau adalah pengetahuan umum melalui ketiadaan sebarang perbuatan salah sendiri atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, arahan dan atau pengesahan anda tersebut, atau mana-mana pihak yang menzahirkan atau ingin menzahirkan maklumat tersebut.

Dengan melawati atau memasuki ke premis SA, dan/atau apabila menggunakan perkhidmatan atau kemudahan yang terdapat di premis SA ini, dan/atau dengan menyertai sebagai vendor atau kontraktor bebas atau pembekal perkhidmatan kepada SA, anda bersetuju untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan yang munasabah dan mematuhi sebarang syarat-syarat keselamatan yang berkenaan yang telah dibawa kepada perhatian anda oleh SA atau dengan papan tanda di premis SA.

Anda selanjutnya bersetuju untuk melepaskan SA terhadap sebarang tindakan, tuntutan, permintaan, kos, ganti rugi, denda, kerugian, liabiliti dan/atau penalti (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman) setakat yang disebabkan oleh atau akibat daripada kecuaian atau salah laku sengaja anda.

Undang-Undang Mentadbir dan Bidang Kuasa

Notis ini ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia. Anda dengan ini menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.